Pages

Tuesday, March 23, 2010

Bagaimana memastikan pelajar menghantar latihan?

Semalam selesai mesyuarat kurikulum 2.
Fuhhhh.....lepas mesyuarat banyaklah kerja menanti.

Bila % naik, suka. Bila ada yg dapat A, suka. Tapi yang susahnya mcmana nak 'maintain'?
Apa strategi baru ? Kelas tambahan, tutorial, kelas masa cuti, latihan bertubi-tubi, apa lagi ?
Apa pun usaha yg dibuat oleh guru jika tidak ada keazaman kuat daripada pelajar-pelajar sendiri... tiada maknanya. You have to work hard my dear....Pembelajaran tingkatan 6 tidak sama dengan gaya pembelajaran peringkat SPM. Anda perlu menghurai, menganalisis dan menilai. aras kemahirannya lebih tinggi....

kerja masa cuti tempohari masih ada yg tidak siap. Nota rumus pun ada yg terlupa nak buat. Memandangkan masih ada pelajar yang bermasalah, hari ni cikgu keluarkan arahan baru. Pelajar baik menjadi pembimbing kepada pelajar yg lemah (1:1). Kira mentor mentee lah ni. Setiap mentor akan memastikan mentee menyiap dan menghantar latihan. Sekiranya mentee tidak faham, mentor harus membantu. Dan jika mentee tidak menunjukkan perubahan atau tidak menghantar latihan, kedua-duanya akan dipanggil berbincang dengan guru. Diharapkan kaedah ini dapat memastikan pelajar yg lemah tidak merasa terpinggir atau malu. Bagi mentor pula, ia akan meningkatkan kefahaman mereka sendiri kerana dia perlu mengajar rakannya sehingga faham. kedudukan dalam kelas juga cikgu dah ubah. Setiap mentor duduk bersebelahan dengan menteenya.