Topik P&P Ekonomi Kertas 1
Berikut adalah topik2 pembelajaran dan anggaran waktu pembelajaran. Anggaran waktu ini menujukkan kepentingan topik tersebut dan pemberat dalam penyediaan soalan. pelajar boleh mengandaikan topik mana yg penting dan selalu keluar dlm peperiksaan.
A: Bahagian Pengenalan (waktu P&P: 28)
*Pengenalan Ekonomi
*Sistem Ekonomi
B: Bahagian Mikro
Bab1 : Permintaan dan Penawaran (waktu P&P: 26)
Keseimbangan pasaran
Bab 2 : Keanjalan (waktu P&P: 18)
Keanjalan Permintaan
Keanjalan Penawaran
Bab 3 : Teori Perlakuan Pengguna (waktu P&P:8)
Pendekatan Utiliti kardinal
Keluk Permintaan Individu
Lebihan Pengguna
Bab 4: Teori dan kos pengeluaran (waktu P&P:20)
Kos pengeluaran j/pendek
Kos pengeluaran j/ panjang
Ekonomi Bidangan
Bab 5 : Struktur Pasaran (waktu P&P:50)
Pasaran Persaingan Sempurna
Pasaran Monopoli
Pasaran Bermonopoli
Pasaran Oligopoli
Bab 6 : Teori Agihan (waktu P&P: 26)
Permintaan dan penawaran faktor
Upah,sewa,bunga,untung
Bab 7 : Peranan kerajaan (waktu P&P:18)
sebab-sebab campurtangan
Dasar kerajaan
Berdasarkan pengalaman cikgu,soalan yg paling banyak keluar ialah
i) Bab1 (DD & SS) & bab 2 (Ed & Es)
Tahun 2009, soalan objektif dari 2 bab ini ialah 9 soalan.
2 tajuk ini juga biasanya akan digabungkan dlm soalan bahagian D (pengiraan).
5 drp 16 soalan bhgn B,C dan D juga drp topik ini.
Banyak soalan keanjalan keluar tahun lepas. Perlu hafal rumus.
Maka, utk skor dlm mikro anda perlu sangat2 menguasai bahagian ini.
ii)Bab 5 (Struktur Pasaran)
Ni 1 lg bab yg selalu disoal. 9 soalan objektif tahun lepas.
5 drp 16 soalan bhgn B,C,dan D dari topik ini. Fuhh....banyak tu.
Anda perlu betul2 skor bab ini. Mesti mahir lukis keluk & kira untung rugi.
Bila anda mahir mengira untung rugi, secara tak langsung anda menguasai sebahagian bab 4.
Nampak tak 3 bab ini sudah menyediakan lebih kurang 18 soalan objektif, dan 10 drp 16 soalan bhgn B,C dan D (berdasarkan analisis soalan tahun 2009, begitu juga lebih kurang trend soalan tahun-tahun lepas).Kalau setakat nak dapat C, layak sangat....
Oklah, katakan anda susah menguasai bab keanjalan. So, beri tumpuan pada bab 4. Biasanya 3 soalan objektif dan 1 soalan drp bhgn B,C atau D.
Mungkin ada yg merasakan, "aku tak suka bab kira mengira ni...". Susah juga... sebab, lebih kurang 6 - 11 soalan pengiraan keluar dlm bhgn objektif. Tambahan lagi bhgn D memang pengiraan.
Kpd pelajar2 yg nak ambil peperiksaan tahun ni, mula buat ulangkaji dari sekarang. Hafal rumus, mahir lukis keluk, selalu buat latihan. Peruntukkan masa sekurang-kurangya 30 minit setiap hari menghafal & lukis keluk. SETIAP HARI. Pengulangan meningkatkan ingatan.